SeDidik Sarawak
Enrol now
Last updated: November 2026

Privacy Notice

English · Bahasa Melayu

Personal Data Protection Notice

This notice explains how SeDidik Sdn Bhd ("SeDidik", "we", "us") handles personal data in connection with this website, in line with the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), as amended by the Personal Data Protection (Amendment) Act 2024, and SeDidik’s Data Governance Policy.

1. Who we are

SeDidik Sdn Bhd (50688-T), No. 53, Lot 2303, Sub Seksyen 66, Yoshi Square, Jalan Pelabuhan, 93450 Kuching, Sarawak. SeDidik is fully owned by the Sarawak State Government through State Financial Secretary (Incorporation).

2. Information this website collects automatically

This website does not use cookies, tracking scripts or advertising trackers. Like most websites, our web server records basic technical information (such as IP address, browser type, and the date and time of a visit) to keep the website secure and working. We also use these records to produce anonymous visitor statistics, such as how many people visit each page; IP addresses are masked in these statistics. These records are kept for 90 days and are not used to identify you.

3. When you contact us

If you email or call us, we receive the information you choose to give, such as your name, contact details and message. We use it only to respond to you and to provide the service you asked about, and we keep it for 3 years. Giving us this information is voluntary, but if you do not, we may not be able to respond to your enquiry.

4. Enrolment through MySeDidik

Enrolment is done on enrol.sedidik.com.my (MySeDidik), which collects information about children and their parents or guardians. The MySeDidik system is operated for SeDidik by an appointed service provider, but SeDidik remains responsible for that information. How it is handled is explained in the MySeDidik privacy notice, available in the MySeDidik app and on enrol.sedidik.com.my.

5. Job applications

If you apply for a job using our vacancy application form or by email, we use your information only to assess your application and to contact you about it. If your application is unsuccessful, we keep your records for 6 months from the date of the decision and then securely destroy them.

6. Photos of children and staff

Photos on this website show children and staff at SeDidik centres and events. Photos of children are published only with a specific, documented consent from a parent or guardian for use on the website, and children’s names are never shown together with their photo and centre. Staff photos are published with the staff member’s consent. You may withdraw consent at any time; we will remove the photo from SeDidik’s own channels within 10 working days. We cannot guarantee removal of copies that others have already shared on third-party websites.

7. Links to other websites

This website links to other services, including Facebook, Instagram, YouTube, Google Maps and Google Drive. Their own privacy policies apply when you use them.

8. Sharing your information

We do not sell personal data. We share personal data only when needed to provide our services or when required by law, with the following categories of recipients:

  • Authorities and regulators, such as the police, the courts, the Personal Data Protection Commissioner and the Social Welfare Department (for child protection), when required or permitted by law;
  • Relevant government ministries and agencies, namely the Ministry of Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development Sarawak (KPWK), the Social Welfare Department (JKM) and the Ministry of Education (KPM), for required registration, reporting and monitoring;
  • Service providers appointed by SeDidik, such as our website host, the MySeDidik system and approved data centre or cloud services, which process data on our behalf under a written agreement;
  • SeDidik’s auditors and professional advisers, for audit and compliance purposes;
  • Emergency or medical services, when needed to protect the safety or vital interests of a person, especially a child;
  • TOY8, our early intervention screening partner, only for children whose parents or guardians have given consent for the screening.

Every request for disclosure from an authority is reviewed by our Data Protection Officer before any data is released.

9. Keeping your information safe

We take reasonable steps to protect personal data from loss, misuse, unauthorised access and disclosure.

10. Your rights

Under the PDPA you may ask to access or correct your personal data, withdraw your consent, limit how we use it, or ask us to transmit your data to another organisation where this is technically feasible (data portability). Please send your request in writing to the contact below. We will verify your identity (and, for a child’s data, that you are the parent or legal guardian), acknowledge your request within 3 working days and respond within 21 days. If you withdraw consent, we will stop the related processing within 7 working days. There is no fee for your first request in any 12-month period.

If a personal data breach is likely to cause significant harm, we will notify the Personal Data Protection Commissioner and the people affected, as required by the PDPA.

11. Contact us

Data Protection Officer
Email: privacy@sedidik.com.my
Phone: 082-330137

12. Language

This notice is available in English and Bahasa Melayu. If there is any difference between the two versions, the Bahasa Melayu version applies.

13. Changes to this notice

We may update this notice from time to time. The latest version is always on this page, with the date it was last updated.

Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis ini menerangkan cara SeDidik Sdn Bhd ("SeDidik", "kami") mengendalikan data peribadi berkaitan laman web ini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) sebagaimana dipinda oleh Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024, serta Dasar Tadbir Urus Data SeDidik.

1. Siapa kami

SeDidik Sdn Bhd (50688-T), No. 53, Lot 2303, Sub Seksyen 66, Yoshi Square, Jalan Pelabuhan, 93450 Kuching, Sarawak. SeDidik dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Setiausaha Kewangan Negeri (Diperbadankan).

2. Maklumat yang dikumpul secara automatik oleh laman web ini

Laman web ini tidak menggunakan kuki (cookies), alat analitik atau penjejak pengiklanan. Seperti kebanyakan laman web, penyedia hos kami mungkin merekod maklumat teknikal asas (seperti alamat IP, jenis pelayar, serta tarikh dan masa lawatan) untuk memastikan laman web selamat dan berfungsi. Rekod ini disimpan selama 90 hari dan tidak digunakan untuk mengenal pasti anda.

3. Apabila anda menghubungi kami

Jika anda menghantar e-mel atau menelefon kami, kami menerima maklumat yang anda berikan, seperti nama, butiran perhubungan dan mesej anda. Kami menggunakannya hanya untuk membalas anda dan memberikan perkhidmatan yang anda tanyakan, dan menyimpannya selama 3 tahun. Pemberian maklumat ini adalah secara sukarela, tetapi jika tidak diberikan, kami mungkin tidak dapat membalas pertanyaan anda.

4. Pendaftaran melalui MySeDidik

Pendaftaran dibuat di enrol.sedidik.com.my (MySeDidik), yang mengumpul maklumat kanak-kanak serta ibu bapa atau penjaga mereka. Sistem MySeDidik dikendalikan bagi pihak SeDidik oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik, namun SeDidik kekal bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut. Cara maklumat itu dikendalikan diterangkan dalam notis privasi MySeDidik, yang terdapat dalam aplikasi MySeDidik dan di enrol.sedidik.com.my.

5. Permohonan kerja

Jika anda memohon kerja menggunakan borang permohonan jawatan kosong kami atau melalui e-mel, kami menggunakan maklumat anda hanya untuk menilai permohonan anda dan menghubungi anda mengenainya. Jika permohonan anda tidak berjaya, rekod anda disimpan selama 6 bulan dari tarikh keputusan dan kemudian dimusnahkan dengan selamat.

6. Foto kanak-kanak dan staf

Foto di laman web ini memaparkan kanak-kanak dan staf di pusat dan majlis SeDidik. Foto kanak-kanak hanya diterbitkan dengan persetujuan khusus dan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga untuk kegunaan di laman web, dan nama kanak-kanak tidak sekali-kali dipaparkan bersama foto dan pusat mereka. Foto staf diterbitkan dengan persetujuan staf berkenaan. Anda boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa; kami akan mengeluarkan foto tersebut daripada saluran milik SeDidik dalam tempoh 10 hari bekerja. Kami tidak dapat menjamin penghapusan salinan yang telah dikongsi oleh pihak lain di laman web pihak ketiga.

7. Pautan ke laman web lain

Laman web ini mempunyai pautan ke perkhidmatan lain, termasuk Facebook, Instagram, YouTube, Google Maps dan Google Drive. Dasar privasi masing-masing terpakai apabila anda menggunakannya.

8. Perkongsian maklumat anda

Kami tidak menjual data peribadi. Kami hanya berkongsi data peribadi apabila perlu untuk menyediakan perkhidmatan kami atau apabila dikehendaki oleh undang-undang, dengan kategori pihak berikut:

  • Pihak berkuasa dan badan kawal selia, seperti polis, mahkamah, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi perlindungan kanak-kanak), apabila dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang;
  • Kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan, iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi tujuan pendaftaran, pelaporan dan pemantauan yang dikehendaki;
  • Penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh SeDidik, seperti penyedia hos laman web, sistem MySeDidik dan pusat data atau perkhidmatan awan yang diluluskan, yang memproses data bagi pihak kami di bawah perjanjian bertulis;
  • Juruaudit dan penasihat profesional SeDidik, bagi tujuan audit dan pematuhan;
  • Perkhidmatan kecemasan atau perubatan, apabila perlu untuk melindungi keselamatan atau kepentingan penting seseorang, terutamanya kanak-kanak;
  • TOY8, rakan saringan intervensi awal kami, hanya bagi kanak-kanak yang ibu bapa atau penjaganya telah memberikan persetujuan untuk saringan tersebut.

Setiap permintaan pendedahan daripada pihak berkuasa akan disemak oleh Pegawai Perlindungan Data kami sebelum sebarang data diberikan.

9. Keselamatan maklumat anda

Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran dan pendedahan.

10. Hak anda

Di bawah PDPA, anda boleh meminta untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda, menarik balik persetujuan anda, mengehadkan cara kami menggunakannya, atau meminta data anda dihantar kepada organisasi lain jika ia boleh dilaksanakan secara teknikal (kemudahalihan data). Sila hantar permintaan anda secara bertulis kepada pegawai di bawah. Kami akan mengesahkan identiti anda (dan, bagi data kanak-kanak, bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga yang sah), mengakui penerimaan permintaan dalam tempoh 3 hari bekerja dan memberikan jawapan dalam tempoh 21 hari. Jika anda menarik balik persetujuan, kami akan menghentikan pemprosesan berkaitan dalam tempoh 7 hari bekerja. Tiada bayaran dikenakan bagi permintaan pertama anda dalam mana-mana tempoh 12 bulan.

Jika berlaku pelanggaran data peribadi yang mungkin menyebabkan kemudaratan ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan individu yang terjejas, sebagaimana dikehendaki oleh PDPA.

11. Hubungi kami

Pegawai Perlindungan Data
E-mel: privacy@sedidik.com.my
Telefon: 082-330137

12. Bahasa

Notis ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Jika terdapat sebarang perbezaan antara kedua-dua versi, versi Bahasa Melayu akan terpakai.

13. Perubahan kepada notis ini

Kami mungkin mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa terdapat di halaman ini, bersama tarikh kemas kini terakhir.