Perasmian TASKA di Tempat Kerja SeDidik Baitulmakmur II telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Februari 2025 (Selasa).

Dalam ucapan Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata, penyediaan TASKA Tempat Kerja (TTK) merupakan langkah penting dalam menyokong ibu bapa bekerja dengan menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak berkualiti, sekali gus membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih tenang.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut.