Majlis Penyerahan Sijil Train of Trainer TOT

Majlis Penyerahan Sijil Train of Trainer TOT

  • Date & Time: 21 كانون2, 2026 16:30 - 25 حزيران, 2016 13:00
  • Location: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)

 
SeDidik terus mengorak langkah memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak menerusi kerjasama strategik bersama TOY8. Program ini memfokuskan kepada penggunaan Digital developmental Screening Tool bagi memantau tahap perkembangan kanak-kanak dengan lebih tepat dan sistematik.

Bagi menjamin kelestarian TOY8 Program, SeDidik kini mempunyai barisan Master Trainer bertauliah yang terdiri daripada para pendidik di SeDidik Sarawak. Seramai 10 orang guru SeDidik telah menerima Sijil Train of Trainer (TOT) TOY8 Program dalam Majlis Penyerahan Sijil Train of Trainer (TOT) TOY8 Program yang berlangsung Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti pada siang tadi.(KPWK)
Majlis Penyampaian Sijil TOT TOY8 Program telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah , Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti turut hadir sama YB Datuk Hajah Rosey binti Haji Yunus Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Langkah digitalisasi ini membuktikan SeDidik sentiasa di hadapan dalam memastikan tiada anak-anak Sarawak yang ketinggalan dalam aspek perkembangan kognitif dan sosial. Penghargaan dan terima kasih atas sokongan, penglibatan aktif serta kerjasama padu semua pihak dalam merealisasikan kejayaan program ini.

Event Location

Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)