Kursus Induksi SeDidik Sarawak 2025

Kursus Induksi SeDidik Sarawak 2025

  • Date & Time: 22 نيسان, 2025 16:00 - 26 نيسان, 2025 17:30
  • Location: Damai Beach Resort, Kuching

Seramai 62 peserta yang majoritinya terdiri dari kalangan Pendidik dan Pembantu Pendidik di TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan SeDidik seluruh Sarawak telah menghadiri  Kursus Induksi SeDidik Sarawak 2025.

Kursus yang berlangsung pada 22 - 26 April 2025 bertempat di Damai Beach Resort, Kuching memberi ruang dan peluang pihak Pengurusan SeDidik Sarawak berkongsi maklumat, polisi dan prosedur kerja kepada para peserta. Turut disajikan Ceramah Berkaitan Integriti yang disampaikan oleh Yang Dihormati Tuan Abdul Latif bin Mohamad, Pegawai Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia (Sarawak).

Kreativiti, penglibatan aktif, semangat saling bersaing dan kerjasama padu sesama peserta begitu terserlah bila mana tampil membuat Persembahan Kumpulan bagi menyahut dan melaksanakan tugasan yang telah dikendalikan oleh Encik Rajesh bin Basri dan dibantu oleh Encik Shahrizal bin Suliman serta Team AJK yang lain.Antara tugasan utama yang dipersembahkan adalah Tepukan Hebat, Gerakan Hebat dan Sketsa Hebat.

Event Location

Damai Beach Resort, Kuching